Hafiz Zulkafly

Jangan Buang Biji Kurma!

Sabtu, Jun 13, 2015

Assalamualaikum.

Selang beberapa hari lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Kebiasaanya bila bulan Ramadhan ni benda yang paling dicari and famous tak lain tak bukan Buah Tamar @ Kurma. Tadi masa tengah blogwalking, jumpa satu info baru. Rasa teruja sangat sampai nak share dekat sini. Hahaha. Tahukah anda yang biji buah kurma juga mempunyai khasiat dan kebaikkanya tersediri? and i bet tak ramai yang tau, atau aku je yang taktau? Hahaha. Apa pon meh baca ;


Kabaikkan Biji Buah Kurma.

1) Sebagai minuman penganti kopi, warnanya tidak segelap kopi tapi rasanya seakan akan kopi. Ianya memberi tenaga baik pada peminum

2) Anda juga boleh menggunakan serbuk biji kopi untuk membuat perapan daging dicampur dengan pelbagai rempah ratus dan Subhanallah perapan daging amat amat lembut

3) Digunakan sebagai scrub badan. Gabungan scrub biji kurma dengan pevoo dan madu akan membuatkan kulit badan anda selembut baby!. Natural? Yes and Safe!

4) Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan kronik sehingga menyebabkan anda BOTAK!!! Maka inilah natural remedy atau cara semulajadi untuk mengaktifkan sel kulit kepala yang sudah mati. Amalan menyapu biji kurma dicampur dengan Minyak Zaitun Ramallah Extra Virgin PEVOO , maka hasilnya adalah TERBAIK. Penggunaan secara Konsisten setiap hari sebelum tidur, Inshaallah akan membuatkan sel kulit kepala yang bermasalah kembali sihat dan anak anak rambut kembali keluar dengan sihat.


Bagaimana cara nak memproses biji buah kurma?

1) Basuh biji kurma dan tos kering.

2) Taburkan di atas dulang atau penutup periuk dan jemurkan seharian.

3) Gorengkan biji kurma tanpa menggunakan minyak , goreng sehingga hangus pastikan biji kurma hitam legam, pada ketika ini biji kurma akan mengeluarkan bau harum dan sangat wangi sebijik macam bau biji kopi!

4) Tumbuk dengan batu lesung atau kisar dengan menggunakan pengisar kering (jangan risau kerana tekstur biji kurma sudah garing dan tidak keras).

5) Simpan di dalam botol kaca dan boleh digunakan dengan jangkamasa yang lama.


Dari mana fakta pasal khasiat biji kurma ni diambil?





Amacam, hebatkan kuasa Allah? Sampaikan ke biji makanan sunnah ni ada khasiat tersendiri. Apa pon, dengan izin Allah maka jadilah. hehehe. Ayuh sama sama hidupkan sunnah Rasulullah S.A.W. Kalau boleh bukan masa bulan Ramadhan je, tapi hari hari :D


Sumber : Kiambang Merah

2 ulasan

  1. Allhamdulillah... tak pernah tahu pun sebelum ni.... nice info..... thanks :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama lah. saya pon tak pernah tau before this. welcome btw :D

      Padam

© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED